BAGAIMANA MENDERMA

 
 
Beberapa hari lepas saya ke Pejabat Agama Islam Kelantan kerana satu urusan seorang anak saudara melapur diri yang ditawarkan jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam di sebuah daerah di Kelantan. Sambil saya menunggu anak saudara saya mengisi borang lapur diri, saya terpandang salah satu papan notis yang memberi ingatan supaya berwaspada dengan peminta derma.
Maksudnya, hati-hati dengan peminta derma palsu yang mengambil kesempatan untuk meminta sedekah, mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain, mengambil kesempatan daripada kesenangan hidup kita di bumi bertuah Malaysia.
Memang pun... ramai yang turut menggunakan alasan mengutip derma untuk membina masjid, membangunkan sekolah pondok atau membaik puli sekolah agama... yang semuanya berbentuk agama.
Sebenarnya tidak menjadi kesalahan, sebab TANGAN YANG MEMBERI ITU LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MEMINTA.
Bagaimanapun, apa yang dikhuatir ialah ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dengan menggunakan tiket derma keagamaan demi kepentingan peribadi.
Lantaran hebahan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Kelantan ini adalah sebaiknya iaitu kita perlu perhatikan beberapa pengesahan yang digariskan samada sijil kelulusan minta derma, tanda tangan pihak berkuasa, keaslian sijil kelulusan dan pelbagai yang lain.. Waspada, usah terjebak dengan kompromi pihak yang menyalah gunakan keikhlasan kita.
...........................................................................................................
 
Beberapa hari hari kemudian, saya terserempak dengan sekumpulan pemuda Cina yang mengutip derma...., tapi berbeza dengan cara yang dibuat oleh sesetangah pihak yang hanya menunggu simpati orang lain di hadapan bank atau di lain-lain tempat sibuk....
 
Kumpulan pemuda Cina ini mengutip derma dengan cara mengadakan persembahan di hadapan premis dengan mengadakan pertunjukan TARIAN SINGA. Mereka berikhtiar mendapatkan derma walaupun angpow digantung tinggi.... dengan melonjakkan kepala tarian singa..., saya sempat bertanya seorang ahli kumpulan...
 
"Biasanya berapa RM satu angpow dari premis....
"Tak tentu.... ada juga yang hanya RM 30....
"Ooooo ..."
Namun itulah.... bukan senang nak senang..., buatlah sesuatu untuk mendapatkan sesuatu....
kata sabda "TUNTUTLAH ILMU WALAUPUN SAMPAI KE NEGERI CINA...."
TUNTUTLAH!!!
PEMALAS HANYA MEMINTA BELAS

 

 




Comments on this page:
Comment posted by beats by dre headphones( iaxfqweyahoo.com ), 12/30/2013 at 6:18am (UTC):
These beats by dre headphones are so trendy, and so wonderful! They were meant to become a Xmas present from my mates,

Comment posted by Guild wars 2 gold( zswgpbkaoll.com ), 06/17/2013 at 4:01am (UTC):
Guild wars 2 gold are trend, healthy for rest get. Have superior mid-foot ( arch ) program.



Add comment to this page:
Your Name:
Your Email address:
Your website URL:
Your message:

KEJAR MASA BUKAN KEJAR BAYANG
 
Advertisement
 
MENGENAI SAYA YANG HINA INI
 
ANAK KAMPUNG SERBA DAIF Photobucket
now. ANDA YANG KE....
Freebie Counter

ShoutMix chat widget
TINJAU-TINJAU
 
LINK KAWAN 1
 
BANNER KAWAN-KAWAN
 
_____________________________
 
Today, there have been 2 visitors (6 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=