CIK SITI WAN KEMBANG
blog ini sedang di kemaskini... mohon berbanyak maaf kepada rakan-rakan pelawat
 
KITA SAKSIKAN SEKILAS
 
 
 
 
 
DEWA MUDA
KLIP INI ADALAH HIASAN, TIADA KENA MENGENA DENGAN TULISAN


KELANTAN memiliki seni budaya tradisional yang unik selain sejarah persinggahsanaan menarik.

Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja beragama Islam bernama Raja Kumar. Bagaimanapun sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesan daripada manakah asalnya Raja Kumar berkenaan yang turut menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China.

Selepas pemerintahan Raja Kumar, lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M, yang kemudiannya Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginga iaitu Sultan Mansur.
Di zaman pemerintahan Sultan Mansur, Kelantan menjadi masyhur hingga ke Melaka yang pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Tetapi pada tahun 1477M, Raja Melaka menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan.
Bagaimanapun ianya berakhir dengan satu peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).
Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), putera baginda, Raja Gombak ditabal menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak".
Setelah baginda Raja Gombak mangkat, cucunda baginda yang dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H) dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa, Pahang.
Pasangan ini dikurniakan seorang puteri diberi nama Cik Siti Wan Kembang. 


SANTAI SEKEJAP

SAKSIKAN DEWA MUDA

 

 
KLIP INI SEKADAR HIASAN
TIADA KENA MENGENA DENGAN CERITA

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada tahun 1589 semasa Che Siti Wan Kembang baru berusia 4 tahun, lantaran Raja Hussein dari Johor telah dilantik untuk menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan.
Apabila Raja Hussein mangkat pada 1610, Cik Siti Wan Kembang pun ditabal menjadi Raja Kelantan dan baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.
Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa ini menjadi terkenal hingga dikunjungi oleh ramai pedagang-pedagang dari dalam dan luar termasuk dari Arab. Cik Siti Wan Kembang juga dikenali dengan panggilan "Paduka Cik Siti".
Baginda juga mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

 

Semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, muncul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti sekitar tahun 1638. Setelah Raja Sakti mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor pula ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H).

 

PUTERI SAADONG

Raja Loyor dianugerah dua orang cahaya mata iaitu Raja Sakti (yang mangkat sejak kecil lagi) dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik terjalin antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Cik Siti Wan Kembang kemudiannya mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat bagi tujuan mewarisi takhta kerajaannya nanti.
Puteri Saadong yang cantik jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala dan perihal kecantikan Puteri Saadong ini kemudiannya sampai kepada pengetahuan Maharaja Siam lalu menghantar utusan untuk meminangnya. Lamaran ini ditolak oleh Puteri Saadong.
Sebaik lamaran Raja Siam ditolak, Puteri Saadong dikahwinkan dengan Raja Abdullah, iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

culik

Puteri Saadong diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688). Bagaimanapun Maharaja Siam gagal menyentuh Puteri Saadong.
Akhirnya Puteri Saadong kembali semula ke Kelantan, tetapi berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah yang mengakibatkan Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

sambungan pada WAN KEMBANG 3 

DEWA MUDA
DEWA MUDA


Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara Raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah iaitu anak Penghulu Ngah Jembal.

Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Kemudian, Raja Abdul Rahim mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).

Raja Omar adalah adinda Raja Loyor yang sebelum itu bergelar Temenggong Sultan Omar. Beliau mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah.

Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) bergelar Datuk Pengkalan Tua (yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahndanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal).

Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Getting yang memerintah di Legeh.

Pada tahun 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.

Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman.

Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu.


Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletuskan peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak.
Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus.
Bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh.
Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.
KEJAR MASA BUKAN KEJAR BAYANG
 
MENGENAI SAYA YANG HINA INI
 
ANAK KAMPUNG SERBA DAIF Photobucket
now. ANDA YANG KE....
Freebie Counter

ShoutMix chat widget
TINJAU-TINJAU
 
LINK KAWAN 1
 
BANNER KAWAN-KAWAN
 
_____________________________
 
Today, there have been 17 visitors (21 hits) on this page!

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free