TULISLAH WALAU SEBARIS AYAT
aaa
Bahan update di posting saya kali ini bukanlah iklan untuk jualan buku. Cuma sekadar hiasan daripada dua buah novel saya yang pernah mendapat tempat di meja penerbit .. dengan judul KITA MILIK SIAPA... TAKLIM... dan satu dua yang lain.....
 


Kita cuba ingatkan kembali 'Ayat' pertama yang diperturunkan kepada baginda Rasullallah ialah ialah IQRAQ - bacalah. Dan rentetennya ialah, baca, dalam ertikata menambah pengetahuan untuk segala-galanya. Ada ungkapan lain yang berkaitan.... "untuk dunia kita perlu berilmu. Untuk Akhirat juga kita perlu berilmu".
 
Dan kehidupan di dunia ini dijadikan berlapis-lapis. Ada lapis miskin, kaya, cantik, hodoh, cerdik, bodoh, lembam, pintar, boleh membaca dan boleh menulis.
Maksudnya, bahan apa yang akan dibaca sekiranya tidak ada penulisnya?. Lantaran, saya kira rakan-rakan blogger adalah kalangan karyawan yang dipilih oleh Allah Subhanahu Watala bagi menyampaikan ilmu kepada bukan karyawan dan tergolong pula kepada kumpulan Ulat Buku. (antara penulis dan ulat buku, bak irama dan lagu, hilang satu maka hilanglah iqraq).
Hari ini, saya juga banyak mendapat ilmu daripada rakan blogger yang lain... terima kasih kepada semua , dengan satu harapan.... teruskan menulis kerana ilmu yang ada pada rakan-rakan blogger tersimpan di langit ke tujuh yang pastinya menjadi sedekah jariah kepada lapis-lapis jenerasi terkemudian....
Lantaran .... tuliskan walaupun sebaris ayat sehari.... walaupun tentang seekor anjing...
"....kalau masih ada di pasaran... kalau sudi.. kalau terjumpa... beli-belilah novel saya... wassalam"
KEJAR MASA BUKAN KEJAR BAYANG
 
MENGENAI SAYA YANG HINA INI
 
ANAK KAMPUNG SERBA DAIF Photobucket
now. ANDA YANG KE....
Freebie Counter

ShoutMix chat widget
TINJAU-TINJAU
 
LINK KAWAN 1
 
BANNER KAWAN-KAWAN
 
_____________________________
 
Today, there have been 1 visitors (3 hits) on this page!

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free