ASAL USUL MENORA

Menora is seen only in Kelantan.
This dance drama is believed to have developed in Thailand about 2,000 years ago, was introduced to Kelantan during the second half of the nineteenth century.
It is a dance drama portraying Buddhist Jaataka stories, is characteristically Thai but has been accultured into the Malaysian milieu.
It is performed by an all-male cast who also assume female roles.
Adventures dating from ancient folklore are enacted by slow rhythmic movements of legs, arms and fingers.
An orchestra of drums, gongs, scrape instruments and the serunai, a Malay oboe, provides the music.
.................................................................................
Asal-usul Tarian Menora dari Guru Menora di Songkhla.

Pada suatu ketika dahulu, sebuah negeri di Thailand yang rajanya bernama Raja Saifafat (Phaya Saifafat) dan isterinya Nang Sri Dok Mai (Cik Puan Bunga) mempunyai seorang Puteri bernama Nang Nuan Samli @ Mea Sri Nuan.
Puteri Nang Nuan Samli mempunyai 4 orang kakak angkat (pelayan istana) bernama Mea Khen Oon, Mea Phau, Mea Maukhlen dan Mea Jot Thorng.
Setelah Puteri Nang Nuam Samli dewasa maka Phra In menghantar seorang dewa untuk lahir di dunia ini melalui Puteri Nang Nuam Samli. Bagaimanapun apabila puteri tersebut mengandung tanpa bapa, keadaan ini mengakibatkan Raja Saifafat amat murka lalu menghalau puteri Nang Nuam Samli keluar dari istana.
Puteri Nang Nuan Samli dihanyut dengan rakit bersama 4 orang kakak angkatnya dan rakit berkenaan kemudiannya dipukul ombak dan hanyut sampai ke sebuah pulau namanya Pulau Kachang.
Tuan puteri pun memulakan kehidupan barunya di Pulau Kachang bersama 4 orang kakak angkatnya.
Tuan Puteri telah melahirkan anak lelaki bernama Putera Achittak Kumar. Setelah Putera Achittak Kumar dewasa, beliau belajar menari dan mencipta tarian Menora secara bersendirian di tepi sungai supaya beliau dapat melihat bayang beliau sendiri di air semasa menari.
Setelah pandai menari beliau telah memohon kebenaran emaknya untuk keluar dari Pulau Kachang bagi mengadakan pertunjukan tarian Menora di merata-rata kampung. Kemahiran beliau menari menjadi bual-bualan orang ramai tentang keunikan tariannya yg menarik minat ramai penonton.
Peristiwa kehebatan tarian Menora tersebut telah sampai ke pengetahuan Raja Saifafat. Lalu baginda memerintah segala panglimanya untuk menjemput Putera Achittak Kumar membuat persembahan di istana.
Selepas Putera Achittak Kumar membuat persembahan maka raja amat tertarik dengan tarian Menora tersebut lalu baginda memanggil Putera Achittak Kumar mengadap. Baginda pun mula menyoal asal-usul keturunan Putera Achittak Kumar, lalu baginda mendapat tahu bahawa Putera Achittak Kumar sebenarnya cucu baginda sendiri. Maka baginda pun mengurniakan nama baru kepada Putera Achittak Kumar dengan nama KHUNSRISATTHA bersama sepasang persalinan lengkap pakaian Diraja dan digunakan sebagai pakaian menora sehingga sekarang.
Baginda juga telah menjemput Puteri Nang Nuam Samli pulang ke istana. Sebelum masuk ke istana, Puteri Nang Nuan Samli perlu melalui upacara pembersihan selama 3 hari 2 malam (Rabu, Khamis dan Jumaat) di pintu istana. Upacara tersebut telah diamalkan sehingga sekarang semasa memulakan permainan menora.
KHUNSRISATTHA juga telah melatih para pembesar dan dayang-dayang di istana dengan tarian menora sehingga berkembang luas dan diwarisi dari turun temurun hingga ke hari ini.
Ini ada salah satu cerita daripada salah seorang guru tarian Menora di Songkhla dan diterjemah daripada Tesis yg dibuat oleh Sarot Naakkhawirot, Pensyarah di Universiti Perguruan, Songkhla lebih kurang 20 tahun yg lepas.
Ada 2 lagi cerita dari guru Menora di Batthalung… tunggu…….
 
KEJAR MASA BUKAN KEJAR BAYANG
 
MENGENAI SAYA YANG HINA INI
 
ANAK KAMPUNG SERBA DAIF Photobucket
now. ANDA YANG KE....
Freebie Counter

ShoutMix chat widget
TINJAU-TINJAU
 
LINK KAWAN 1
 
BANNER KAWAN-KAWAN
 
_____________________________
 
Today, there have been 6 visitors (7 hits) on this page!

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free