HARI NI.. ada sedikit ruang untuk update blog yang tak sepertinya ini. Dan kita dah pun berada di suku kedua tahun 2009. Suku pertama tahun ini sudah meninggalkan kita buat selamanya. Masa pantas berlalu. Azam kita, cita-cita kita serta segala hasrat samada berjaya atau tidak perlu kita teruskan. Harap apa yang kita impikan tercapai akhirnya.
Saya sebenarnya terpaksa menghadiri satu program baru-baru ini .. iaitu seperti tajuk backdrop di atas. Banyak pengalaman baru yang saya tempuhi dalam masa sesingkat itu. Selain bertemu dengan kawan-kawan lama, kami didedahkan dengan program motivasi khususnya cara kerja berpasukan.
Memang... kita tidak mampu untuk bergerak dengan cemerlang tanpa satu pasukan yang mantap. Bagaimanapun pasukan yang baik perlu diurus oleh pengurus yang baik.
Pelbagai ujian bukan sahaja teknikal.. tapi juga ujian minda yang terpaksa kami lalui sehingga kepada ujian lasak mendaki sebuah anak bukit.
Dan... dalam satu pendakian... kita perlu tidak terlalu ghairah untuk sampai ke puncak.. jugak tidak mudah kalah dengan cabaran dalam diri... langkah perlu teratur, usah memotong kawan di hadapan... kerana kawan kamu akan berhenti sendiri apabila beliau keletihan.
Sekiranya kamu terpaksa membantu menarik rakan kamu untuk turut berjaya di pendakian... percayala, kamu sudah berada di hadapannya semasa kamu menarik beliau...
Secara diam-diam kamu sudahpun mendahuluinya ketika membantunya... BANTULAH RAKAN ANDA!!!
KADANG-KADANG kita inginkan hidup yang selesa dengan kerjaya yang besar, gaji besar, banglo besar, kereta besar, isteri kecil.. dan segala-galanya yang boleh membuatkan kita bahagia. Di satu tahap kita impikan kehidupan yang selesa, pasangan yang solih solihah serta anak-anak yang pintar.
Hari demi hari kita mengejarnya, bekerja tanpa batas waktu.
Begitu juga kita impikan negara yang aman, kampung yang indah sedap mata memandang.
Dalam perjalanan saya hari ini, saya turut diberi tugas melihat rumah-rumah yang baru diubahsuai di satu perkampungan. Wahhhh... saya rasa kagum kerana dalam kegawatan ekoomi global... mereka di sini mampu membangunkan rumah-rumah besar, mewah dan banglo yang pastinya amat selesa didiami.
Bagaimanapun, hati kecil saya tersentuh kerana ada suatu tabiat orang-orang kita yang tidak peka dengan keindahan halaman rumah yang juga menjadi satu komponen keindahan kehidupan kita. Suri rumah kita dengan tabiat lama menyidai kain jemuran di hadapan rumah, di bahagian muka rumah hatta turut menjadikan pokok hiasan pagar sebagi ampai kain.
Nah!! cuba kita bayangkan... kita menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk membina sebuah banglo dengan cat yang bagus, marmar... bentuk rumah yang membanggakan tetapi dicacatkan oleh pemandangan kain jemuran yang menyakitkan mata.
Lebih malang, turut tersidai di hadapan rumah bukan sahaja pakaian luaran tapi juga turut dijemur ialah baju kecil.. seluar kecil yang selama ini merupakan pakaian dalaman rahsia peribadi kita. Malu.... inikah sifat kita yang ... apa perlu kita katakan???
Apakah kita kalangan pemalas? apakah kita kalangan yang tidak tahu malu... atau apakah kita tidak peka dengan keindahan..... Belumpun lagi kita diperlihat bahagian dalaman rumah.... bahagian dalaman dapur, bahagian dalaman bilik tidur... atau ... selebihnya bahagian dalaman perasaan kita, hati kita, pemikiran kita.
Kata orang.. luaran itu adalah gambaran dalaman. Oleh itu... ubahlah tabiat ini!!! Bersopanlah di mana-mana.