MAKYONG
 
 
 PERMAINAN MAKYONG
 
Di KELANTAN, permainan Makyung amat popular pada suatu masa dahulu terutama di kampung-kampung seperti juga dengan persembahan Wayang Kulit, Dikir Barat, Menora, Selampit dan juga permainan Puteri.
 
ADUNAN persembahan yang turut menjadi daya penarik dalam persembahan Makyung ialah jalan cerita yang dibawa, biasanya cerita-cerita HIKAYAT seperti Raja Gondang dan Dewa Muda (antara yang paling popular) dan lain-lain; pakaian anggota khususnya penari dan awak-awak, musik, kemerduan suara, kecantikan para penari (juga dipanggil jong donang) serta gaya kelakar yang dibuat oleh watak-watak pembantu (panjak).
 
Biasanya.... persembahan Makyung dibuat di kampung-kampung selepas selesai musim menuai dimana para penduduk kampung telah selesa apabila padi sudah mengisi kepuk... dan sebagai hiburan... maka diadakan persembahan Makyung.
 
Cerita yang disampaikan ialah dengan iringan tarian serta nyanyian... dan antara cerita paling popular ialah Dewa Muda serta Raja Gondang. Antara alat yang digunakan ialah gendang anak dan gendang ibu, dua buah gong, canang dan REBAB. (Rebab telah diceritakan melalui posting terdahulu).
Sedikit sinopsis cerita Raya Gondang:
 
Seorang raja besar yang terlalu inginkan seorang putera sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa permaisurinya mengandung. Namun akhirnya permaisuri bukan melahirkan seorang anak lelaki (putera) yang diharapkan tetapi sebaliknya ... hanya melahirkan sebiji Gondang.
 
(Gondang ialah sejenis hidupan air berbentuk bulat dan mempunyai cengkerang seperti siput kerang...)
 
Baginda raja amat kecewa dan murka..... Baginda menuduh permaisuri curang sehingga melahirkan sedemikian rupa lantas bagnda menghalau permaisuri daripada istana ... dan inilah penceritaan menyayat hati dalam hikayat Raja Gondang... yang biasanya dapat dihabiskan persembahan menerusi Makyong dalam masa seminggu.....
 
Dan kini Makyong hanya menjadi persembahan kebudayaan pada majlis-majlis kebesaran atau kebudayaan kerana generasi kita lebih memberi perhatian kepada persembahan dari media elektronik.
 
KEJAR MASA BUKAN KEJAR BAYANG
 
MENGENAI SAYA YANG HINA INI
 
ANAK KAMPUNG SERBA DAIF Photobucket
now. ANDA YANG KE....
Freebie Counter

ShoutMix chat widget
TINJAU-TINJAU
 
LINK KAWAN 1
 
BANNER KAWAN-KAWAN
 
_____________________________
 
Today, there have been 3 visitors (12 hits) on this page!

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free