|
|
|
ASAP
Kepada kawan-kawan setia yang sering berkunjung ke blog saya, mohon maaf kerana beberapa hari saya tidak sepat untuk saya update blog saya. Bagaimanapun terima kasih kerana kawan-kawan tetap berkunjung dan meninggalkan jejak.
Beberapa kesibukan yang tidak mengizinkan saya bertemu kawan-kawan kerana saya terpaksa menghadiri satu sesi pemilihan penting di utara semenanjung.
Bagaimanapun saya ingin berkongsi sedikit pengalaman perjalanan saya dari Tanah Merah Kelantan, melalui Cameron Highland hingga ke Trolak Perak...
... Dalam perjalanan saya pada 16 Mac bersama dengan seorang rakan dan seorang pemandu... melalui Lebuhraya Utara Selatan, kami mengekori sebuah lori tangki. Pemandu kami pada mulanya ingin memotong lori yangki berkenaan disebabkan kami saya dan kawan saya perlu tiba di tempat yang dituju tepat jam 4.00 petang.
Bagaimanapun sebelum sempat kenderaan yang kami naiki memotong lori tangki berkenaan, kami ternampak lori tangki berkenaan mengeluarkan asap yang banyak....
Kami agak tergaman.... apa sebenarnya yang berlaku..... dan asap semakin banyak keluar dari lori tangki berkenaan sehingga menyebabkan pemandu lori tangki terpaksa memberhentikan kenderaannya di tepi lebuh raya...
Dan.... gambar ini dapat kita saksikan untuk kita berkongsi pengalaman... ?????????
|
|
|
|
|
|
|