Saya kira cuti umum Tahun Baru Cina selama dua hari, suasana di Kelantan seperti seperti biasa disebabkan tidak ramai penduduk keturunan Cina di sini. Kemeriahan di Kelantan biasanya apabila sambutan Hari Raya Puasa ataupun sambutan Hari Raya IdulFitri.
LANTAS... saya membuat keputusan untuk membeli belah di pekan Rantau Panjang, iaitu sebuah pekan kecil di Jajahan Pasir Mas yang bersempadan dengan pekan Sungai Golok Selatan Thai.
Bagaimanapun... apa yang saya duga tersasar sama sekali. Sebaik tiba di Rantau Panjang, kesesakan jalanraya bermula kira-kira 1 kilometer sebelum pekan. Saya terpaksa berbaris dalam kesesakan jalanraya selama 2 jam untuk tiba di pusat bandar.
Rupanya-rupanya.. sempena cuti Tahun Baru Cina ramai pengunjung dari Utara, Selatan dan lain-lain tempat berkunjung ke sini untuk membeli-belah....
Lantas .. saya membuka komputer saya di kereta.... dan cuba update posting ni.
Kepada pengunjung dari luar... SELAMAT DATANG KE KELANTAN.. selamat membeli-belah di Rantau Panjang... Amin.